Banjir kilat Gua Musang: Hanya satu PPS masih beroperasi

Foto RTM

GUA MUSANG, 20 September – Hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di Gua Musang susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah ini, dengan 55 mangsa daripada 16 keluarga masih ditempatkan di pusat berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi kerana paras air di kawasan kediaman masih tinggi.
  • Portal Info Banjir JKM merekodkan penempatan itu setakat pukul 7 malam.
  • Sebelumnya lima PPS dibuka termasuk Masjid Jeram Tekoh, Dewan Orang Ramai Zon 3 dan Balai Raya Felda Chiku 6.
  • Lebih 200 rumah di 10 kawasan perkampungan dilaporkan terjejas akibat banjir kilat.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 7.00 malam, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi berikutan paras air di kawasan kediaman mereka masih tinggi.

Sebelum ini, sebanyak lima PPS dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas, masing-masing Masjid Jeram Tekoh, Dewan Orang Ramai Zon 3 Jeram Tekoh, Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Balai Raya Felda Chiku 6 dan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi.

Lebih 200 rumah di 10 kawasan perkampungan di Gua Musang turut dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.