Pertemuan PM, Anthony dalam tempoh terdekat

Datuk Seri Anwar telah maklum dengan hasrat dan pandangan Anthony, namun masih belum ada perbincangan rasmi

SHAH ALAM, 20 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam tempoh terdekat, susulan keputusan Setiausaha Agung DAP itu untuk meletak jawatan menteri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar maklum hasrat dan pandangan Anthony tetapi belum ada perbincangan rasmi kerana kekangan masa.
  • Anwar mahu bertemu Anthony untuk mendengar pandangan dan memberi reaksi, memahami prinsip beliau menentang peraturan yang nampak longgar terhadap rasuah.
  • Perdana Menteri tekankan komitmen memerangi rasuah tanpa kompromi; enggan mengulas kemungkinan rombakan kabinet.

Datuk Seri Anwar menjelaskan telah maklum mengenai hasrat serta pandangan berhubung perkara itu, namun masih belum ada sebarang perbincangan rasmi berikutan kekangan masa serta jadual masing-masing.

​”Saya belum sempat bincang apa-apa lagi tetapi saya dengar pandangan beliau dan saya faham dengan prinsip dan dari awal konsisten membantah peraturan yang boleh beri gambaran, seolah-olah kita lemah atau longgar terhadap amalan rasuah.

“Jadi lebih baik saya jumpa beliau (Anthony), dengar pandangan dan kemudian saya boleh memberi reaksi,”kata Perdana Menteri selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Selangor International Trade Centre (SITC).

Datuk Seri Anwar dalam pada itu terus menegaskan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah kekal tanpa kompromi sama ada kes profil tinggi mahupun kesalahan berskala kecil.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan rombakan kabinet susulan perkembangan semasa itu.

​”Satu-satu,”jawab Datuk Seri Anwar secara ringkas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.