PM ucap takziah pemergian bekas ADUN Bongawan

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Datuk Karim Bujang yang meninggal dunia, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Karim, 73, meninggal di kediamannya di Kampung Sipanggil, Putatan, Sabah.
  • Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Brunei, Kimanis kira-kira pukul 5.30 petang.
  • Allahyarham berkhidmat sebagai ADUN Bongawan selama lima penggal dari 1990 hingga 2013.
  • Meninggalkan seorang isteri, dua anak dan tiga cucu; masyarakat mendoakan ketabahan keluarga.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar memaklumkan menerima khabar duka pemergian Datuk Karim dan mendoakan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan.

“Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan serta semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau di tempat terbaik di sisi-Nya. Al-Fatihah,”menurut hantaran itu.

Datuk Karim, 73 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sipanggil, Putatan, Sabah dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Brunei, Kimanis kira-kira pukul 5.30 petang.

Allahyarham Datuk Karim pernah berkhidmat sebagai ADUN Bongawan selama lima penggal dari 1990 hingga 2013, meninggalkan seorang isteri Datin Maimun Pg Bagul, dua anak serta tiga cucu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.