Hari Muzium medium pembinaan identiti bangsa

Peranan muzium diperkukuh sebagai ruang pendidikan serta pemeliharaan warisan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Institusi muzium sedia diremajakan agar terus releven sebagai medium pembinaan identiti bangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 dijulang sebagai platform memperkukuh peranan muzium.
  • Anjuran Kementerian melalui Jabatan Muzium Malaysia bersama Yayasan Warisan Johor di Johor, 23 hingga 30 Jun.
  • Muzium berperanan sebagai ruang pendidikan, pemeliharaan warisan dan medium penyatuan masyarakat berbilang kaum.
  • Kesemua 19 muzium bawah Jabatan Muzium dibuka percuma kepada warganegara Malaysia pada 18 Mei.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yakin sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026, platform penting memperkukuh peranan muzium sebagai ruang pendidikan serta pemeliharaan warisan.

“Kementerian menerusi Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor bakal menganjurkan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 pada 23 hingga 30 Jun, di Johor.

“Penganjurannya diharap menjadi platform penting memperkukuh peranan muzium sebagai ruang pendidikan, pemeliharaan warisan serta medium penyatuan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan latar belakang,”katanya ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 di Muzium Negara.

Beliau turut memaklumkan semua 19 muzium di bawah seliaan Jabatan Muzium akan dibuka secara percuma kepada warganegara Malaysia, pada Isnin (18 Mei), sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.