Kerajaan teliti pembiayaan mikro untuk ringankan beban rakyat – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim

IPOH, 16 Mei- Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu bagi memperkukuh pembiayaan mikro, termasuk melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta mengurangkan kadar faedah pinjaman bagi golongan berpendapatan rendah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan meneliti kaedah baharu memperkukuh pembiayaan mikro melalui AIM, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman bagi meringankan beban.
  • Perlu cari ikhtiar untuk atasi perbezaan kadar pinjaman tanpa menjejaskan projek dan pengurusan agensi.
  • Prestasi bayaran balik AIM yang tinggi membuktikan golongan miskin berdisiplin dan mampu berjaya jika diberi peluang serta sokongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu antara usaha kerajaan bagi memastikan akses pembiayaan kepada golongan sasar lebih adil dan tidak memberi tekanan kewangan berlebihan.

Beliau berkata perbezaan kadar pinjaman antara institusi kewangan juga perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan usahawan kecil.

“Kita perlu mencari ikhtiar untuk menyelesaikan perkara ini. Namun ia perlu dibincangkan dengan teliti supaya tidak menjejaskan projek serta pengurusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Skim Paduri MADANI di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan kos pengurusan agensi kerajaan perlu dikawal agar lebih banyak peruntukan dapat disalurkan terus kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata prestasi pembayaran balik pinjaman AIM yang tinggi membuktikan golongan miskin mempunyai disiplin dan keupayaan untuk berjaya sekiranya diberi peluang serta sokongan sewajarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.