Blok rumah pekerja musnah terbakar, 10 penghuni selamat

Foto RTM

KUCHING, 1 November – Sebuah blok rumah pekerja di Batu 11, Jalan Kuching-Serian musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun kesemua 10 penghuninya berjaya menyelamatkan diri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.58 pagi.
  • Kebakaran membabitkan sebuah blok rumah pekerja empat pintu yang dibina menggunakan struktur tidak kekal.
  • Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.35 pagi dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.39 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.58 pagi.

Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah blok rumah pekerja empat pintu yang dibina menggunakan struktur tidak kekal.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.35 pagi, manakala operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.39 pagi.

Operasi itu turut mendapat bantuan anggota dari BBP Kota Sentosa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.