
SHAH ALAM, 28 April- Selangor merancang pembangunan hab industri aeroangkasa di Sepang menerusi inisiatif Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS) bagi memperkukuh ekonomi berteknologi tinggi negeri.
- Projek melibatkan kawasan seluas 1,011.7 hektar di Ladang Sepang berhampiran KLIA Aeropolis.
- Tumpuan kepada ekosistem aeroangkasa bersepadu disokong infrastruktur pintar dan mampan, termasuk taman perindustrian, komersial dan kediaman.
- Pembangunan dijangka mewujudkan lebih 32,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata projek berkenaan melibatkan kawasan seluas 1,011.7 hektar di Ladang Sepang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis.
Pembangunan itu memberi tumpuan kepada ekosistem aeroangkasa bersepadu yang disokong infrastruktur pintar dan mampan, selain merangkumi taman perindustrian bersepadu, komponen komersial serta kawasan kediaman.
Inisiatif berkenaan dijangka mewujudkan lebih 32,000 peluang pekerjaan menjelang 2030 melalui pembangunan perindustrian bersepadu tersebut.
Perkembangan itu diumumkan sempena majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Menteri Besar Selangor (MBI) dan SD Guthrie Berhad di Setia Alam.