fb fb fb fb fb

Lebih 30 orang sesak nafas akibat kebocoran gas ammonia

Kesemua mangsa yang telah dihantar ke hospital sekitar Lembah Klang, berada dalam keadaan stabil.

SHAH ALAM, 17 Februari- Siasatan awal melibatkan kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Shah Alam yang berlaku semalam mendapati kebocoran berlaku apabila sebuah forklift terlanggar injap salah satu tangki ammonia semasa kerja-kerja mengalihkannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim jumlah mangsa yang mengalami sesak nafas setakat ini ialah seramai 33 orang.

Daripada jumlah tersebut, 14 orang merupakan pekerja wanita dari kilang berkenaan dan 19 lagi merupakan pekerja lelaki dari kilang bersebelahan.

Kesemua mangsa yang telah dihantar ke hospital sekitar Lembah Klang kini berada dalam keadaan stabil.

Keadaan semasa ditempat kejadian adalah terkawal dan telah pulih sepenuhnya.

Pihak kilang telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap tersebut dan operasi tamat pada pukul 6.30 petang semalam.

Artikel Berkaitan:
Kebocoran gas ammonia, 10 pekerja kilang dikejar ke hospital

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM