Fleet Card SKDS, SKPS : Peraturan khusus dirangka elak salah guna

223 fleet card di bawah pelaksanaan SKDS dan SKPS telah disekat/Foto RTM

KOTA KINABALU, 16 Mei – Cadangan peraturan khusus di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sedang dirangka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bertujuan mewujudkan perudangan lebih jelas, menyeluruh dan teratur bagi mengawal selia penggunaan fleet card.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan penggunaan fleet card bagi pengagihan subsidi bahan api.
  • Peraturan akan menetapkan tanggungjawab pemegang kad dan syarikat minyak serta hukuman terhadap penyalahgunaan subsidi.
  • 223 fleet card disekat sejak 2023 hingga 14 Mei akibat ketirisan dan penyelewengan.
  • Pelaksanaan SKDS diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan; tindakan tegas termasuk denda akan dilaksanakan.

Kesediaan itu memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan penggunaan fleet card dalam penyaluran subsidi bahan api menerusi Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata peraturan itu, antara lain bakal melibatkan aspek tanggungjawab pemegang fleet card dan syarikat minyak serta kesalahan juga hukuman bagi sebarang bentuk penyalahgunaan subsidi.

“Tindakan diambil susulan wujudnya ketirisan serta penyelewengan diesel dan petrol melalui penyalahgunaan fleet card.

“223 fleet card di bawah pelaksanaan SKDS dan SKPS telah disekat sejak 2023 hingga 14 Mei,”katanya dalam sidang media selepas program Inspirasi Kita Beli Barangan Malaysia Sabah 2026.

Tindakan lebih tegas juga bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang menyeleweng fleet card termasuk mengenakan hukuman denda sewajarnya, dengan bukan sekadar sekatan penggunaan kad.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.