MARA Prihatin tangani kos sara hidup melalui Program SERI

Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman/ Foto RTM

PERLIS, 16 Mei Pelancaran program MARA Prihatin oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilihat sebagai inisiatif signifikan dalam membantu masyarakat menghadapi tekanan kos sara hidup, khususnya golongan B40.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program SERI menumpukan baik pulih dan penyelenggaraan sistem elektrik kediaman bagi meningkatkan keselamatan serta keselesaan hidup rakyat.
  • Setakat ini MARA menyelenggara 4,016 rumah melalui SERI dan menyasarkan kerja penyelenggaraan ke lebih 63,000 rumah sepanjang tahun ini.
  • Inisiatif MARA Prihatin turut merangkumi bantuan pendidikan dan sokongan kepada usahawan terjejas, memperkukuh jaringan keselamatan sosial.

Antara fokus utama di bawah inisiatif tersebut ialah Program Selenggaraan Elektrik Rumah Impian (SERI), yang memberi penekanan kepada kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan sistem elektrik kediaman bagi meningkatkan keselamatan serta keselesaan hidup rakyat.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman berkata, pelaksanaan program SERI setakat ini telah berjaya memberi manfaat kepada ribuan isi rumah di seluruh negara.

“Sebanyak 4,016 rumah telah diselenggara melalui program berkenaan, manakala MARA menyasarkan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan melibatkan lebih 63,000 rumah sepanjang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program MARA PRIHATIN peringkat negeri Perlis di Berseri, di sini hari ini.

Selain program SERI, inisiatif MARA Prihatin turut merangkumi pelbagai bentuk bantuan lain termasuk dalam bidang pendidikan serta sokongan kepada usahawan yang terjejas, sekali gus memperkukuh jaringan keselamatan sosial dalam kalangan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.