Dua cedera, warga emas tersepit dalam nahas di Tapah

Anggota bomba mengeluarkan pemandu kereta berusia 75 tahun yang tersepit selepas kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tiga tan di Tapah.

TAPAH, 27 Jun – Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tiga tan di Pekan Getah RPT Batu Tiga, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu berusia 75 tahun tersepit dan berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.
  • Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
  • Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota Balai Bomba Tapah dan tamat sepenuhnya pada pukul 7.04 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.20 pagi.

Menurut beliau, pemandu kereta berusia 75 tahun didapati tersepit di dalam kenderaannya sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi menyelamat yang membabitkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.04 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.