
PUTRAJAYA, 3 Ogos – Majikan sektor swasta di Negeri Sembilan tidak diwajibkan memberikan Cuti Peristiwa kepada pekerja masing-masing hari ini kerana ia merupakan hari kelepasan am pilihan.
- Majikan yang memilih cuti berkenaan perlu memberikan cuti bergaji kepada pekerja.
- Majikan boleh, dengan persetujuan pekerja, menggantikan cuti itu kepada hari lain mengikut Seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955.
- Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan 3 Ogos sebagai Cuti Peristiwa negeri mengikut subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menyatakan, bagaimanapun, majikan yang memilih cuti berkenaan sebagai hari kelepasan am perlu memberikan cuti bergaji kepada pekerja.
“Majikan juga boleh, dengan persetujuan pekerja, menggantikan cuti itu kepada hari lain mengikut Seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” menurut JTKSM menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad.
Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan 3 Ogos sebagai Cuti Peristiwa negeri selaras subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].
Ia bertujuan menghargai rakyat Negeri Sembilan serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.