CJC perkukuh kerjasama rentas negara melibatkan perdagangan, perniagaan

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah

SEBERANG PERAI, 20 Mei – Penubuhan Jawatankuasa Bersama Koperasi (CJC) berteraskan model Majlis Perniagaan Bersama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT JBC), dijangka memperkukuh kerjasama rentas negara dalam sektor perdagangan dan perniagaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wilayah berpotensi besar: sekitar 88,000 koperasi, 16 juta anggota dan lebih 100 juta penduduk.
  • Fokus awal pada sektor pelancongan kerana berasaskan perkhidmatan dan mudah dilaksanakan tanpa banyak produk.
  • Cabang pelancongan yang boleh diteroka: agropelancongan, pelancongan kesihatan, pendidikan dan alam sekitar.
  • Pendekatan bertahap: mulakan perkhidmatan pelancongan, kemudian berkembang ke perniagaan barangan; rundingan melibatkan 50 peserta, 18 delegasi antarabangsa.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang juga Presiden Pertumbuhan Koperasi ASEAN (ACO), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, wilayah tersebut mempunyai potensi ekonomi yang besar dengan kira-kira 88,000 koperasi, 16 juta anggota koperasi individu serta lebih 100 juta penduduk.

“Antara perniagaan awal yang mudah dilaksanakan ialah dalam sektor pelancongan kerana ia lebih berasaskan perkhidmatan dan tidak terlalu melibatkan produk.

“Sebagai permulaan, terdapat pelbagai cabang pelancongan yang boleh diterokai seperti agropelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan dan pelancongan alam sekitar kerana ia lebih mudah untuk dilaksanakan.

“Selepas itu, barulah kita akan berkembang kepada perniagaan barangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Rundingan Meja Bulat dan Padanan Perniagaan sektor koperasi IMT-GT JBC di sini.

Rundingan berkenaan menghimpunkan 50 peserta termasuk 18 delegasi antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.