
LUMUT, 15 Mei –Setakat pagi ini, sebanyak 11 mangsa dilaporkan maut dalam insiden bot membawa warga Indonesia yang karam di perairan Pulau Pangkor.
- Pasukan TLDM menemui mayat lelaki pada kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Pulau Pangkor kira-kira pukul 9.27 pagi.
- Mayat dibawa oleh aset TLDM FCB 1001 ke Jeti Pengkalan Polis Marin PPM Kampung Aceh pada pukul 10.20 pagi.
- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari kelima pada pukul 7.00 pagi untuk mencari tiga mangsa masih hilang.
- Kejadian 11 Mei melibatkan bot dipercayai membawa 37 PATI warga Indonesia karam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor; 23 mangsa berjaya diselamatkan.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak dalam kenyataan memaklumkan, mayat lelaki itu ditemukan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira pukul 9.27 pagi pada kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Pulau Pangkor.
“Mayat dibawa oleh aset TLDM FCB 1001 ke Jeti Pengkalan Polis Marin PPM di Kampung Aceh pada pukul 10.20 pagi untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Maritim Malaysia memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima diteruskan pada pukul 7.00 pagi tadi bagi mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang.
Dalam kejadian 11 Mei lalu, sebuah bot dipercayai membawa 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dilaporkan karam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor
ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.
Setakat ini 23 mangsa telah berjaya diselamatkan.