G7 digesa beri perhatian kepada krisis air di Gaza

Sebagai simbolik demonstrasi, aktivis memaparkan sebotol air kotor berlabel “Gaza” dikelilingi replika pemimpin G7 yang sedang menikmati air bersih / REUTERS

PUBLIER, 16 Jun– Pertubuhan bantuan kemanusiaan Oxfam menggesa pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) memberi perhatian lebih serius terhadap krisis bekalan air bersih yang sedang dihadapi penduduk Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Oxfam menggesa pemimpin G7 beri perhatian serius kepada krisis bekalan air bersih di Gaza.
  • Protes di Publier berhampiran sidang kemuncak G7 untuk menyorot penderitaan penduduk Gaza.
  • Oxfam berkata kira-kira 82 peratus penduduk Gaza tiada akses kepada air minuman bersih, isu kemanusiaan kurang diberi perhatian.

Gesaan itu disuarakan menerusi satu protes yang diadakan berhampiran lokasi sidang kemuncak G7 di Publier, Perancis.

Pakar Kemanusiaan Oxfam Perancis, Louis-Nicolas Jandeaux berkata, protes itu bertujuan menarik perhatian dunia terhadap keadaan yang masih dihadapi penduduk Gaza.

Pertubuhan itu turut berpandangan, isu kemanusiaan di wilayah itu tidak diberi perhatian yang mencukupi dalam agenda sidang kemuncak berkenaan.

“Kira-kira 82 peratus penduduk Gaza tidak mempunyai akses kepada air minuman yang bersih.

Isu berkenaan wajar diberi perhatian ketika pemimpin dunia membincangkan perkembangan di Asia Barat,” katanya.

Sebagai simbolik demonstrasi, aktivis memaparkan sebotol air kotor berlabel “Gaza” di tengah-tengah meja yang dikelilingi replika pemimpin G7 yang sedang menikmati air bersih.

Sidang kemuncak G7 tahun ini menghimpunkan pemimpin Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Jerman, Itali, Kanada dan Jepun bagi membincangkan pelbagai isu global termasuk perkembangan di Asia Barat. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.