Geran RM1 juta rumah panjang, tingkatkan kesejahteraan penduduk

Pensyarah Dasar Awam, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub, Dr. Mohd Rozaimy Ridzuan berkata, kerjasama erat antara kerajaan dan penduduk setempat penting dalam memastikan setiap pembangunan yang dirancang memenuhi keperluan komuniti. Foto RTM.

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pemberian geran berjumlah RM1 juta bagi tujuan penyelenggaraan rumah panjang selama tiga tahun, mampu meningkatkan kesejahteraan penduduk serta mengurangkan beban kos penyelenggaraan yang ditanggung komuniti terlibat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Geran menunjukkan komitmen kerajaan MADANI memastikan pembangunan dinikmati semua lapisan masyarakat.
  • Subsidi meningkatkan semangat kejiranan dan menyokong usaha memperkukuh ekonomi negara.
  • Kejayaan pelaksanaan bergantung pada ketelusan, akauntabiliti, pemilihan kontraktor berkelayakan dan pemantauan berterusan.
  • Kerjasama erat antara kerajaan dan penduduk penting untuk pembangunan memenuhi keperluan komuniti jangka panjang.

Pensyarah Dasar Awam, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub, Dr. Mohd Rozaimy Ridzuan berkata, pemberian geran tersebut sekaligus membuktikan komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan arus pembangunan turut dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Langkah kerajaan bagi menyediakan subsidi sebanyak RM1 juta, dapat meningkatkan semangat kejiranan dan membantu kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara,” katanya menerusi perkongsian video dengan RTM.

Tambah beliau, kemajuan sesebuah negara tidak seharusnya diukur berdasarkan indikator ekonomi semata-mata, tetapi turut mengambil kira usaha kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penyaluran peruntukan geran RM1 juta tersebut, beliau berkata beberapa cabaran perlu diberi perhatian bagi memastikan penduduk rumah panjang benar-benar menerima manfaat sepenuhnya sekaligus objektif peruntukan tercapai.

“Antaranya termasuk aspek ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan projek khususnya dalam pemilihan kontraktor yang berkelayakan serta pemantauan berterusan sepanjang tempoh pelaksanaan,” ujar beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan penduduk setempat penting dalam memastikan setiap pembangunan yang dirancang memenuhi keperluan komuniti serta memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk rumah panjang.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan geran berjumlah RM1 juta untuk membantu penduduk rumah panjang sebagai subsidi penyelenggaraan kediaman selama tiga tahun yang akan diselaraskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.