Belanjawan 2027: KPKM fokus peruntukan tangani fenomena El Nino

Gambar hiasan

SERDANG, 1 SeptKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memfokuskan kepada peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2027 bagi menghadapi fenomena El Nino.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fenomena El Nino dijangka lebih membimbangkan tahun depan.
  • Tindakan penting untuk membantu petani dan pengusaha agromakanan hadapi cuaca panas dan kemarau.
  • Mungkin perlu membeli baja dan menyediakan alat ketahanan bagi melindungi tanaman.
  • Program subsidi sedia ada akan diteruskan mengikut keperluan sektor yang masih memerlukan sokongan kerajaan.

Langkah itu, jelas Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu memandangkan fenomena berkenaan dijangka lebih membimbangkan tahun depan.

“Tindakan itu penting dalam membantu petani dan pengusaha agromakanan berdepan cuaca panas dan kemarau. Kemungkinan kita perlu membeli baja atau memberi alat-alat ketahanan kepada pokok. Ini memerlukan belanjawan tambahan bagi menghadapi cuaca yang tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada MAHA Trade Days 2026, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, jumlah penentuan peruntukan tambahan itu masih dalam proses dan perlu menunggu sehingga pelarasan peringkat akhir Belanjawan 2027 selesai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata program subsidi sedia ada akan diteruskan berdasarkan keperluan semasa khususnya bagi sektor yang masih memerlukan sokongan kerajaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.