Program Sukan Komuniti MARA, dekati masyarakat secara santai

Foto MARA

BESERI, 1 Sept – Seramai 700 orang menyertai Program Sukan Komuniti Bersama MARA yang berlangsung di TVET MARA di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MARA dekati masyarakat melalui aktiviti sukan santai, sihat dan inklusif.
  • Inisiatif mengetengahkan sukan komuniti untuk memperkukuh hubungan dengan penduduk Padang Besar dan sekitarnya.
  • Penglibatan komuniti membuka ruang untuk lebih mengenali peranan serta inisiatif MARA.
  • Program berjaya capai objektif dan mewujudkan interaksi dua hala yang lebih dekat serta mesra.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Zulfikri Osman, usaha tersebut antara pendekatan MARA dalam memperluas jalinan hubungan dengan masyarakat melalui aktiviti berbentuk santai, sihat dan inklusif.

“Inisiatif ini mengetengahkan sukan komuniti sekali gus memperkukuh hubungan antara MARA dengan masyarakat di kawasan Padang Besar dan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata penglibatan komuniti secara langsung dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan turut membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat peranan serta inisiatif MARA.

“Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dengan penglibatan kira-kira 700 individu, selain mewujudkan suasana interaksi dua hala yang lebih dekat dan mesra antara MARA dengan masyarakat setempat,” tambahnya.

Pelbagai aktiviti sukan dan riadah berlangsung termasuk pertandingan memasak, tarik tali, sepak raga tuju dan dam haji.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.