PONTIAN, 20 Oktober - Seramai 59 penduduk terjejas banjir kilat di Pontian, Johor setakat pukul 4.00 petang tadi.
Angka berkenaan berkurang, berbanding 81 penduduk terjejas setakat pukul 2.00 petang tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Penerok menempatkan penduduk dari Kampung Makam, Kampung Penerok dan Kampung Parit Bugis.
Penduduk terjejas banjir mula dipindahkan ke PPS tersebut sejak pukul 8.00 malam tadi.