Aktiviti luar bilik darjah sedia dihadkan berdasar bacaan IPU semasa

Sebarang tindakan lanjut yang diambil berdasarkan perkembangan bacaan semasa IPU 

NILAI, 15 Ogos – Aktiviti luar bilik darjah di Negeri Sembilan, sedia dihadkan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan paras tidak sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri memantau bacaan IPU dan akan mengambil langkah sewajarnya.
  • Bacaan IPU kini berada pada paras sederhana; pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti persekolahan dapat dilaksanakan.
  • Sekolah berkenaan mencatatkan 1,400 murid berdaftar.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim memaklumkan kerajaan negeri akan mengambil langkah sewajarnya dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan memantau perkembangan semasa berkaitan perkara itu.

“Setakat ini, bacaan IPU di Negeri Sembilan masih berada pada paras sederhana dan pemantauan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan aktiviti persekolahan termasuk aktiviti luar boleh dilaksana seperti biasa.

“Sebarang tindakan lanjut sedia dilaksana berdasarkan perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa,”katanya selepas melancarkan Dewan Seri Perdana Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA di sini.

Sekolah berkenaan setakat ini mencatatkan 1,400 murid yang berdaftar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.