Eskalator ketibaan bas TBS ditutup hingga 16 Disember

Foto FB Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL

KUALA LUMPUR, 1 November –Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memaklumkan penutupan sementara eskalator di kawasan ketibaan bas bermula 16 Oktober hingga 16 Disember ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal dan pembaikan dilaksanakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerja penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal dan pembaikan memerlukan penggantian komponen khas yang diimport dari luar negara.
  • TBS jangkakan eskalator beroperasi semula pada pertengahan Disember 2026, tertakluk kepada kelancaran proses pembaikan.
  • Pengguna dinasihatkan menggunakan tangga dan lif berhampiran; pihak TBS memohon maaf serta menghargai kesabaran pengguna.

Penutupan yang dijangka berlangsung selama dua bulan itu melibatkan kerja-kerja teknikal serta proses mendapatkan alat ganti dan komponen khusus dari luar negara.

Menurut kenyataan TBS, proses perolehan, penghantaran dan penerimaan komponen berkenaan memerlukan tempoh tertentu sebelum kerja-kerja pembaikan dapat diselesaikan sepenuhnya.

“TBS menjangkakan eskalator berkenaan dapat beroperasi semula pada pertengahan Disember 2026, tertakluk kepada kelancaran proses pembaikan.

“Sepanjang tempoh penutupan, pengguna boleh menggunakan kemudahan tangga dan lif berhampiran sebagai alternatif untuk menuju ke destinasi masing-masing.

“Pihak TBS turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta menghargai kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang tempoh pembaikan,” menurut kenyataan itu.

Aspek keselamatan dan keselesaan pengguna kekal menjadi keutamaan pihak pengurusan TBS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.