DS Idrus Harun antara dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun / Foto Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 1 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik empat individu termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Turut dilantik: bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali; Prof Dr Hartini Saripan (penggal kedua); bekas Peguam Besar Sabah Datuk Mariati Robert.
  • Pelantikan dibuat mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).
  • Tempoh pelantikan dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2026 hingga 31 Okt 2028.
  • Suruhanjaya merakam penghargaan kepada Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid atas perkhidmatan dan sumbangan beliau.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Hartini Saripan bagi penggal yang kedua dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Mariati Robert.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2026 hingga 31 Okt 2028,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan serta sumbangan Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid sepanjang tempoh beliau menjadi anggota suruhanjaya ini. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.