Pantai barat Semenanjung rasai gegaran gempa bumi di Sumatera Utara

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 dilaporkan berlaku di Sumatera Utara, Indonesia kira-kira pukul 6.54 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia memaklumkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
  • Menurut kenyataan MetMalaysia, gempa dicatat pada kedalaman 154 kilometer.
  • Orang ramai dinasihat sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.
  • Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai makluman awam.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan sekitar pantai barat Semenanjung merasai gegaran susulan gempa berkenaan.

“Gempa dengan kedalaman 154 kilometer itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihat sentiasa mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia,”menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.