BATU PAHAT, 15 September- Bilangan penduduk terjejas banjir di Batu Pahat, Johor, meningkat kepada 235 penduduk, daripada 68 keluarga, setakat 12.00 tengah hari tadi.
Kesemua penduduk ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
Menurut statistik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, kawasan terjejas, Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading, dan Kampung Seri Tanjung.
Manakala paras air pasang surut, berada pada 319 sentimeter, tengahari ini.
Agensi terlibat, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
(Semua penduduk terjejas banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),
SMK Seri Gading, Batu Pahat)