Siasatan kes rogol wanita OKU di Kemaman hampir selesai

Datuk Mohd Khairi Khairudin/ RTM

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos- Siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Kemaman masih berjalan dengan keseluruhan lima lelaki warga Myanmar ditahan bagi membantu siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis berusaha melengkapkan siasatan kes rogol dalam tempoh terdekat sebelum tindakan selanjutnya diambil.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan; suspek juga berdepan tindakan mengikut Akta Imigresen selepas reman.
  • Polis tangkap semula bawah Akta Imigresen kerana bimbang suspek tidak lapor diri jika diberi jaminan; reman masih sehingga 30 haribulan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata polis berusaha melengkapkan siasatan kes berkenaan dalam tempoh terdekat sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala kelima-lima lelaki berkenaan turut berdepan tindakan mengikut Akta Imigresen selepas tamat tempoh reman bagi siasatan kes berkenaan.

“Kita tangkap semula di bawah Akta Imigresen kerana kita bimbang kalau kita beri jaminan, mereka tidak akan melaporkan diri di balai. Saya rasa dalam minggu ini kita cubalah, sebab reman masih ada lagi sehingga 30 haribulan.

“Dalam masa proses itu, kita dapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya.

Tiga suspek ditahan pada 8 Ogos, manakala dua lagi ditahan dua hari kemudian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Aktiviti Riadah Bermotosikal dan Sumbangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Biker Club (ISBC), di sini.

Program sempena Sambutan Hari Polis ke-219 dan Ambang Merdeka ke-69 itu melibatkan kira-kira 200 peserta serta 12 kontinjen PDRM dari seluruh negara.

Konvoi berkenaan turut menyampaikan sumbangan kepada warga PDRM yang mempunyai penyakit kronik dan OKU, selain rumah kebajikan serta waris anggota yang meninggal dunia ketika bertugas di Sabah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.