
JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Polis sedang mengesan pemandu e-hailing bagi membantu siasatan rakaman video tular memaparkan individu yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan al-Quran.
- Ketua Polis mengesahkan laporan diterima dan pihak polis sedang menjalankan usaha bagi tujuan siasatan.
- Kejadian dipercayai dirakam oleh kamera papan pemuka sekitar pukul 5.55 petang pada hari Khamis.
- Laporan dibuat seorang pegawai polis yang melihat hantaran di media sosial yang menyentuh identiti dan memburukkan agama Islam.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Azrul Hisham Mohd Shaffei mengesahkan telah menerima laporan berkaitan hantaran itu dan usaha mengesan pemandu berkenaan bagi membolehkan pihaknya mengenal pasti penumpang terbabit.
“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.55 petang pada Khamis di kawasan Bandaraya Johor Bahru berdasarkan rakaman kamera papan pemuka.
“Laporan telah dibuat seorang pegawai polis yang melihat hantaran berkenaan di media sosial yang menyentuh identiti dan memburukkan agama Islam,”katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.