
KANGAR, 5 November- Dua lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika operasi membanteras penyeludupan migran di perairan Sungai Padang, Kuala Perlis, minggu lalu.
- Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, dari Satun, Thailand, didakwa bersama atas pembunuhan Laskar Kanan Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan.
- Kedua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
- Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minimum 12 sebatan.
- Mahkamah menetapkan 5 Januari untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen termasuk laporan kimia dan bedah siasat.
Kedua-dua tertuduh, Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, yang berasal dari Satun, Thailand, didakwa secara bersama membunuh Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan.
Mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang, Perlis, antara 11.00 malam, 26 Oktober hingga 1.30 pagi, 27 Oktober lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa RayaMaritim Malaysia, Wirna Arifin dan Kamaliza Md Zain, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen, termasuk laporan kimia dan bedah siasat.