Akauntan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan hubungan seks tanpa kerelaan

Foto hiasan

GEORGE TOWN, 5 November – Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan terhadap seorang wanita berusia 25 tahun, tahun lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh dinamakan sebagai Then Zi Quan, 34.
  • Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA, hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah benarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, sebutan semula ditetapkan 14 Disember.

Tertuduh, Then Zi Quan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam, pada pukul 4.15 petang, 24 Ogos tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M. Darrshini, manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendran dan M. Sharmila Morgan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.