
MUALLIM, 5 November – Sebanyak 1,706 botol minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM70,000 dirampas Polis Perak dalam serbuan ke atas sebuah premis kediaman di Kampung Batu 4, Slim River, semalam.
- Serbuan Op Taring Alpha dijalankan oleh Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.
- Pemeriksaan premis menemui pelbagai jenis minuman keras dipercayai tiada setem cukai Kastam yang sah.
- Seorang lelaki tempatan ditahan; kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967; barang dirujuk kepada JKDM dan Jabatan Kimia.
Serbuan menerusi Op Taring Alpha itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta kira-kira pukul 3.55 petang.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan pelbagai jenis minuman keras termasuk bir, wiski, gin, vodka dan cognac yang disyaki tidak mempunyai setem cukai Kastam yang sah.
Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai pemilik premis turut ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Menurutnya, semua barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis.