Penyelia syarikat rugi RM143,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Foto hiasan

IPOH, 5 November – Seorang penyelia syarikat mengalami kerugian lebih RM143,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud di Hilir Perak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis Perak terima laporan menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak mengenai penipuan pelaburan.
  • Mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di media sosial lalu dihubungi individu menyamar sebagai ejen pelaburan.
  • Mangsa diperdaya membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.
  • Mangsa diminta muat turun aplikasi menunjukkan keuntungan tetapi gagal mengeluarkan dana, lalu membuat laporan; kes disiasat di bawah Seksyen 420.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, semalam.

Beliau berkata, mangsa berusia 35 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan saham yang dilihat menerusi media sosial sebelum dihubungi individu yang menyamar sebagai ejen pelaburan.

Menurutnya, mangsa kemudian diperdaya untuk melakukan beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.

Mangsa turut diarahkan memuat turun sebuah aplikasi pelaburan yang memaparkan keuntungan lumayan bagi meyakinkannya terhadap pelaburan berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan wang modal serta keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi itu, kemudiannya membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.