Sabah, Sarawak perlu perhatian khusus tingkat SSR beras negara

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR, 5 November – Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian khusus dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara kepada 80 peratus menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI
  • SSR beras negara 54.3% pada 2025, masih jauh daripada sasaran 80% menjelang 2030.
  • Sabah dan Sarawak mencatat SSR rendah sekitar 20 hingga 30% serta pengeluaran lebih rendah berbanding Semenanjung, menyebabkan kebergantungan import.
  • Cabaran seperti penyakit, perubahan iklim dan pengurangan kawasan padi menghalang peningkatan SSR, KPKM diluluskan peruntukan RM6.92 bilion.

Ia berikutan tahap pengeluaran di kedua-dua negeri itu masih rendah berbanding Semenanjung.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.

“SSR bagi pengeluaran beras negara pada 2025 ialah 54.3 peratus. Pecahan SSR untuk Semenanjung ialah 61.6 peratus, manakala Sabah dan Sarawak dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus sahaja.

“Bagi menampung kekurangan pengeluaran beras tempatan, khususnya di Sabah dan Sarawak yang mencatatkan SSR rendah, kerajaan perlu mengimport beras,” katanya.

Menurut beliau, meskipun SSR beras negara meningkat daripada 52.9 peratus pada 2022 kepada 54.3 peratus pada 2023, sasaran 80 peratus menjelang 2030 masih jauh untuk dicapai.

Ini berikutan pelbagai cabaran yang dihadapi, termasuk serangan penyakit, perubahan iklim dan pengurangan kawasan tanaman padi.

Datuk Chan berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan KPKM berjumlah RM6.92 bilion bagi tahun depan, seperti diperuntukkan dalam Belanjawan 2027, dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 25 Ahli Parlimen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.