Johor berjaya kurangkan 75 peratus kes sungai tercemar

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 5 November – Jumlah sungai paling tercemar di Johor mencatatkan penurunan ketara kepada tujuh sungai tahun ini, berbanding 28 sungai yang direkodkan pada 2017.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa sungai masih berada pada tahap pencemaran empat dan lima, memerlukan usaha pemulihan berterusan.
  • Sungai yang tercemar termasuk Sungai Sengkuang, Sungai Segget dan Sungai Danga.
  • Kaedah rawatan eco-enzyme dijalankan sebagai projek perintis di Sungai Segget dan Sungai Sengkuang.
  • Rawatan dijalankan dua bulan diikuti pemantauan enam bulan; jika berjaya, kaedah akan diperluaskan ke sungai tercemar lain.

Bagaimanapun, tujuh sungai berkenaan masih berada pada tahap empat dan lima berdasarkan skala pencemaran sungai, menunjukkan usaha pemulihan perlu diteruskan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, antara sungai yang masih dikategorikan tercemar ialah Sungai Sengkuang, Sungai Segget dan Sungai Danga.

Bagi menangani isu itu, beberapa agensi berkaitan sedang melaksanakan rawatan kualiti air menggunakan kaedah eco-enzyme selama dua bulan, sebelum pemantauan dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Ketika ini, rawatan berkenaan dilaksanakan di Sungai Segget dan Sungai Sengkuang sebagai projek perintis.

Ling berkata, kedua-dua sungai itu dipilih kerana terletak di tengah bandar raya Johor Bahru selain mempunyai jajaran lebih pendek berbanding sungai lain.

“Dua sungai ini dipilih sebagai projek perintis kerana ia terletak di tengah bandar raya dan mempunyai ukuran yang lebih pendek berbanding sungai lain.

“Jika campuran eco-enzyme ini berjaya meningkatkan kualiti air di kedua-dua sungai tersebut, usaha ini akan diperluaskan ke sungai-sungai tercemar yang lain,” katanya.

Pelaksanaan kaedah itu diharap menjadi nilai tambah kepada usaha pemulihan sungai, sekali gus membantu mengeluarkan sungai berkenaan daripada senarai sungai paling tercemar di negara ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.