Operasi samseng jalanan: 31 motosikal disita, 75 saman dikeluarkan

Foto Fail BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 23 Ogos – Seramai 50 individu diperiksa menerusi operasi samseng jalanan yang dijalankan di lebuh raya link kedua, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 31 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • 75 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi spesifikasi kenderaan.
  • Kesalahan termasuk tiada lesen, tiada perlindungan insurans, ubah suai, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, tiada cermin sisi.
  • Polis tegas; operasi akan diteruskan bagi mencegah samseng jalanan dan memastikan keselamatan awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt Saifullah Jaya @ Yahaya berkata operasi dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri, memberi tumpuan kawasan kumpulan motosikal melakukan aksi berbahaya dan membuat bising.

“Sebanyak 42 motosikal ditahan serta 48 lelaki dan dua perempuan tempatan diperiksa dalam lingkungan usia 15 hingga 28 tahun.

“Selain itu, 75 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kerana tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebanyak 31 motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Antara kesalahannya adalah tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, mengubah suai struktur kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan tiada cermin sisi.

Saifullah menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan aktiviti samseng jalanan yang mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Katanya, operasi tersebut akan dilaksanakan secara berterusan bagi mencegah kegiatan lumba haram sekali gus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan di sini terjamin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.