Op Soga XI banteras judi, pertaruhan tanpa lesen semasa Piala Dunia FIFA 2026

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Jun– Op Soga XI dilancarkan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan perjudian dan pertaruhan tanpa lesen sepanjang saingan Piala Dunia FIFA 2026 yang bermula esok hingga 19 Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemantauan tertumpu kepada sindiket menawarkan pertaruhan dalam talian melalui platform digital, laman sesawang dan media sosial.
  • Operasi menyasarkan premis perjudian haram, individu yang bertaruh, ejen serta pihak yang mempromosikan kegiatan itu.
  • Kerjasama dengan MCMC dan BNM bagi menyekat platform serta transaksi; tindakan tegas mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka, Akta Pertaruhan, Kanun Keseksaan dan AMLATFPUAA.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, operasi bersepadu itu melibatkan semua kontinjen polis negeri.

“Pemantauan dan tindakan akan tertumpu kepada sindiket yang menawarkan pertaruhan dalam talian termasuk menerusi platform digital, laman sesawang dan media sosial.

Operasi itu turut menyasarkan premis perjudian haram, individu yang bertaruh, ejen serta pihak yang mempromosikan kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa dan kawal selia termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

Kerjasama itu bertujuan mengenal pasti dan menyekat platform, laman sesawang serta transaksi yang digunakan oleh sindiket.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Ia termasuk Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953, Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” ujarnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.