Tanah runtuh di lombong Bestari Jaya tidak libatkan mangsa

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya sedang melakukan pemeriksaan di kawasan lombong Bestari Jaya / foto RTM

BESTARI JAYA, 20 Jun Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di kawasan lombong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Blok B, Bestari Jaya, semalam, tidak melibatkan mangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lima anggota BBP Bestari Jaya dikerahkan bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) ke lokasi pada pukul 8.38 malam.
  • Tanah runtuh di lombong pasir dianggarkan sedalam tujuh meter dan seluas 70 x 30 kaki persegi.
  • Pemeriksaan turut dijalankan bersama pekerja di lokasi bagi memastikan kawasan sekitar dalam keadaan selamat.
  • Tiada mangsa tertimbus atau terlibat; operasi ditamatkan selepas pemeriksaan selesai dijalankan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Mohamad Nur Hafifi Md Radzi berkata, seramai lima anggota ditugaskan ke lokasi kejadian pada pukul 8.38 malam dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Pemeriksaan mendapati tanah runtuh di lombong pasir itu dianggarkan sedalam tujuh meter dan seluas 70 x 30 kaki persegi.

“Pemeriksaan turut dilakukan bersama pekerja di lokasi bagi memastikan keadaan kawasan sekitar selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada mangsa tertimbus atau terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi ditamatkan selepas pemeriksaan selesai dijalankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.