Turkiye cipta rekod buruk, gagal jaring gol selepas 62 percubaan

Bagaimanapun pemain pertahanan Turkiye, Abdulkerim Bardakci (kanan), berjaya mencipta rekod tersendiri selepas melengkapkan kesemua 98 hantaran tanpa sebarang kesilapan. /AFP

SAN FRANCISCO, 21 Jun – Turkiye mencatatkan rekod buruk pada Piala Dunia FIFA 2026 apabila gagal menjaringkan sebarang gol meskipun melakukan 62 percubaan dalam dua perlawanan pertama peringkat kumpulan, menurut data statistik Opta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Turkiye gagal menjaringkan gol selepas 62 percubaan dalam dua perlawanan pertama peringkat kumpulan.
  • Kekalahan 0-2 kepada Australia dan 0-1 kepada Paraguay menyebabkan Turkiye tersingkir awal tanpa sebarang mata.
  • Perlawanan di San Francisco menyaksikan kekalahan 0-1 kepada Paraguay yang bermain dengan 10 pemain.
  • Menurut Opta, 62 percubaan tanpa gol itu rekod tertinggi bagi mana-mana pasukan dalam dua perlawanan berturut-turut sejak 1966.

Kekalahan 0-2 kepada Australia dan 0-1 di tangan Paraguay menyaksikan Turkiye tersingkir awal daripada saingan apabila gagal mengutip sebarang mata dalam Kumpulan D.

Dalam aksi terbaharu di San Francisco pada Jumaat, Turkiye tewas 0-1 kepada Paraguay yang beraksi dengan 10 pemain, sekali gus menamatkan harapan mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.

Menurut Opta, jumlah 62 percubaan tanpa menghasilkan gol itu merupakan rekod tertinggi bagi mana-mana pasukan dalam tempoh dua perlawanan berturut-turut sejak data statistik kejohanan mula direkodkan pada 1966.

Walaupun jentera serangan gagal menyempurnakan peluang yang dicipta, pemain pertahanan Turkiye, Abdulkerim Bardakci, berjaya mencipta rekod tersendiri apabila melengkapkan kesemua 98 hantaran yang dilakukannya dalam satu perlawanan tanpa sebarang kesilapan.

Rekod itu merupakan jumlah hantaran sempurna tertinggi yang pernah dicatatkan oleh seorang pemain dalam sejarah Piala Dunia.

Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.