Op Penyamaran: JPJ Johor kesan pelbagai kesalahan melibatkan pemandu, pengendali bas

Foto FB JPJ Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mei– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengesan beberapa kesalahan melibatkan pemandu dan syarikat pengendali bas menerusi Op Penyamaran Penumpang Bas sempena Hari Raya Aidiladha 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi penyamaran anggota JPJ sebagai penumpang pantau pematuhan pemandu dalam perjalanan bas ekspres dari TBS ke Terminal Larkin.
  • Operasi dilaksanakan untuk memperkukuh penguatkuasaan kenderaan perkhidmatan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara.
  • Kesalahan dikesan termasuk memandu berterusan di lorong kanan dan gagal merekod pertukaran pemandu dalam buku log.
  • Tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh; JPJ mengingatkan pengendali dan pemandu utamakan keselamatan serta patuh peraturan.

Operasi melibatkan perjalanan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Terminal Larkin, Johor Bahru itu dijalankan menerusi penyamaran anggota penguatkuasa JPJ sebagai penumpang bagi memantau tahap pematuhan pemandu terhadap undang-undang jalan raya.

JPJ Johor menerusi kenyataan memaklumkan, operasi itu dilaksanakan bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam sekali gus memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

“Antara kesalahan dikesan termasuk memandu secara berterusan di lorong kanan, gagal merekod pertukaran pemandu dalam buku log selain tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh,” kata kenyataan itu.

JPJ Johor turut mengingatkan syarikat pengendali bas dan pemandu, supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.