
PENAMPANG, 13 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menggagalkan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi dalam serbuan Op Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di Penampang, Jumaat lalu.
- Seorang lelaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan tangki tambahan untuk menyeleweng diesel bersubsidi.
- Operasi pada 10 April turut menyasarkan pengusaha stesen minyak yang dipercayai terlibat.
- Sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter ditemui mengandungi kira-kira 250 liter diesel.
- Nilai rampasan dianggarkan RM12,800; suspek disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun.
Taktik seorang lelaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan tangki tambahan bagi menyeleweng diesel bersubsidi terbongkar.
Operasi yang dilaksanakan pada 10 April lalu itu turut menyasarkan pengusaha stesen minyak yang dipercayai terlibat dalam aktiviti haram berkenaan.
Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin mengesahkan sebuah tangki IBC berkapasiti satu ribu liter ditemukan di dalam kenderaan tersebut yang mengandungi kira-kira 250 liter minyak diesel.
Nilai keseluruhan rampasan, termasuk kenderaan dan peralatan mengepam, dianggarkan berjumlah RM12,800.
Suspek berusia 30-an serta pengusaha stesen minyak kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga satu juta ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun.