Isak kembali perkuat Liverpool

Penyerang Liverpool, Alexander Isak (kiri), menyertai sesi latihan pasukan di Kirkby, Liverpool./foto AFP

LIVERPOOL, 17 April – Alexander Isak sah kembali memperkuat jentera serangan Liverpool bagi membantu kelab tersebut melaksanakan misi wajib menang menentang Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurus Arne Slot menegaskan kepulangan Isak penting untuk mengekalkan keseimbangan selepas kehilangan Hugo Ekitike akibat kecederaan serius.
  • Slot berkata penandatanganan dua penyerang utama adalah bijak, dan situasi pemulihan Isak bertepatan dengan kecederaan Ekitike sukar dijelaskan.
  • Isak dijangka beraksi secara berperingkat kerana belum bersedia untuk 90 minit; Chiesa dan Gakpo kekal pilihan dinamik serangan.

Pengurusnya, Arne Slot menegaskan kepulangan Isak sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan pasukan selepas kehilangan Hugo Ekitike akibat kecederaan serius ketika aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris St Germain, Selasa lalu.

“Kami bertindak bijak dengan menandatangani dua penyerang utama (Isak dan Ekitike) pada jendela perpindahan lalu.

“Situasi Isak yang kembali pulih tepat pada hari Ekitike ditimpa kecederaan adalah satu kebetulan yang sukar digambarkan,” jelas Slot.

Isak dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ekitike secara berperingkat. Walau bagaimanapun, Slot memberi bayangan bahawa pemain antarabangsa Sweden itu masih belum bersedia untuk beraksi penuh 90 minit.

“Isak perlukan masa, namun kami masih mempunyai pilihan dinamik lain seperti Federico Chiesa dan Cody Gakpo untuk menggalas tanggungjawab di bahagian serangan,” tambahnya lagi.

Liverpool yang kini berada dalam pemburuan slot ke Liga Juara-Juara Eropah, menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris dengan 52 mata hanya lima mata di hadapan Everton. – REUTERS