Pearly terima penghargaan daripada PM dan isteri

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, menerima buah tangan istimewa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail./foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 April – Pemain beregu wanita utama negara Pearly Tan menerima buah tangan istimewa daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pearly Tan menarik diri daripada skuad Piala Uber kerana kecederaan belakang berulang.
  • Beliau sepatutnya bergandingan dengan M. Thinaan di Horsens, Denmark; digantikan oleh Chong Jie Yu untuk saingan 24 April hingga 3 Mei.
  • Beregu muda Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah turut disenaraikan.
  • Skuad wanita diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.

Perkara itu dikongsikan Pearly menerusi laman Instagramnya, selepas beliau mengumumkan terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Uber susulan kecederaan belakan yang berulang.

Beliau yang sepatutnya bergandingan dengan M. Thinaan di Horsens, Denmark itu digantikan dengan seorang lagi pemain beregu wanita negara Chong Jie Yu yang akan mengharungi saingan bermula 24 April hingga 3 Mei.

“Terima kasih atas tanda ingatan ini. Sangat menghargainya,” kata Pearly.

Beregu lain yang akan beraksi di Piala Uber 2026 ialah gandingan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah, manakala K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei bakal menggalas cabaran acara perseorangan.

Skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan B Piala Uber bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan. – BERNAMA