
GEORGE TOWN, 21 Ogos – Pengerusi agensi kerajaan antara lima individu direman bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahguna kedudukan berkaitan pengurusan pelupusan tanah.
- Perintah reman empat hari dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim atas permohonan SPRM.
- Empat lagi suspek ialah dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani.
- Semua ditahan antara 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam ketika memberi keterangan di pejabat SPRM.
- Disyaki meluluskan jualan lapan lot tanah pada 2015 kepada syarikat sekutu menyebabkan kerugian sekitar RM1.96 juta; disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Perintah reman selama empat hari dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Empat lagi suspek merupakan dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani.
Kesemua mereka ditahan antara 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.
Selain itu, pengerusi agensi kerajaan berusia 50-an ditahan kerana disyaki menyalahguna kedudukan meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan kepada syarikat milik sekutunya pada tahun 2015.
Dia juga turut disyaki meluluskan penjualan tanah pada harga lebih rendah sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1. 96 juta.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.