Tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan Israel di Khan Younis

Seorang lelaki membawa tong gas memasak yang rosak di celah runtuhan bangunan yang musnah teruk selepas serangan Israel/Foto AFP

GAZA, 6 Oktober — Tiga rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita cedera dalam serangan dron Israel yang menyasarkan sebuah khemah di Kem Algeria, kawasan Al-Mawasi, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
  • Serangan Israel di Semenanjung Gaza berterusan.
  • Jumlah kematian di Semenanjung Gaza kini 74,243 orang.
  • Sebanyak 175,232 orang dilaporkan cedera sejak serangan bermula.

Memetik agensi berita Palestin, WAFA, ketiga-tiga mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Jumlah kematian di Semenanjung Gaza sejak serangan Israel yang berterusan hingga kini mencecah 74,243 orang, manakala 175,232 lagi dilaporkan cedera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.