Empat pemilik syarikat didakwa buat tuntutan palsu PERKESO

Foto RTM

GEORGE TOWN, 6 Ogos – Empat pemilik syarikat termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 30 pertuduhan membuat tuntutan palsu insentif program Daya Kerjaya 2.0 kepada PERKESO pada 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghantar borang pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 palsu kepada ejen PERKESO untuk memperdaya pihak berkenaan.
  • Bilangan pertuduhan mengikut pemilik: Neoh Wooi Lee 21, Goh Chee Wai 6, Wong Joon Hong 2, Phua Ai Ling 1.
  • Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda atau RM10,000.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM28,000 untuk Wooi Lee; tiga tertuduh lain diikat RM7,000 seorang dengan seorang penjamin.

Tertuduh, Wong Joon Hong, 40, Goh Chee Wai, 43, Neoh Wooi Lee, 50, dan Phua Ai Ling, 45, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Wooi Lee yang juga pemilik Golden One Stop Services, D One Solution, As You Wish Enterprise dan Syarikat Century SS Solution berdepan 21 pertuduhan.

Manakala Chee Wai sebagai pemilik Tojeda Enterprise Sdn Bhd didakwa enam pertuduhan.

Sementara itu, Joon Hong yang didakwa sebagai pemilik J H Food Court berdepan dua pertuduhan dan Ai Ling selaku pemilik Great Solutions Management mempunyai satu pertuduhan atas kesalahan sama.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menyerahkan borang pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 yang mengandungi penyataan palsu kepada ejen PERKESO untuk memperdayakan pihak berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa premis dalam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, antara 1 Mac hingga 26 Ogos 2024.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM28,000 bagi Wooi Lee, manakala tiga lagi tertuduh diikat RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.