Dua pengarah syarikat berdepan 18 pertuduhan gagal bayar cukai

Dua pengarah syarikat pembuatan dan pemasaran barangan sembahyang didakwa di Mahkamah Sesyen atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai jualan bagi tempoh bercukai antara Mac 2021 hingga Disember 2023, melibatkan lebih RM16,000. – Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 13 April – Seorang lelaki bersama ibunya yang merupakan pengarah syarikat KVS Industries Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan gagal menjelaskan tunggakan cukai jualan dan penalti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua pengarah KVS Industries didakwa di Mahkamah Sesyen atas 18 pertuduhan gagal menjelaskan cukai jualan dan penalti.
  • Tertuduh ialah V. Moganadass, 45, dan ibunya S. Saroja Devi, 65; kedua-dua mereka memohon dibicarakan.
  • Tunggakan berjumlah RM16,145 bagi tempoh Mac 2021 hingga Disember 2024; mahkamah tetapkan 18 Mei untuk serahan dokumen dan pelantikan peguam.

Kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

V. Moganadass, 45 tahun, dan S. Saroja Devi, 65 tahun, didakwa gagal membayar cukai jualan berjumlah RM 16,145 bagi tempoh Mac 2021 hingga Disember 2024.

Kesalahan dilakukan di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Seberang Jaya.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 26(9) Akta Cukai Jualan 2018 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 Mei depan untuk serahan dokumen dan pelantikan peguam.