
BEIRUT, 21 April – Presiden Lubnan, Joseph Aoun berkata rundingan yang dirancang dengan Israel hanya bertujuan menamatkan permusuhan dan pendudukan di selatan negara itu.
- Aoun: rundingan dengan Israel bertujuan menghentikan permusuhan, menamatkan pendudukan selatan dan mengerahkan tentera hingga sempadan selatan yang diiktiraf.
- Hizbullah menentang rundingan; penyokongnya membantah Aoun, menegaskan sebarang hasil tidak boleh menggantikan pengorbanan mereka.
- Perundingan AS-Israel di Washington menyusuli gencatan senjata 10 hari; Iran dan kuasa serantau mencari jaminan serantau untuk Lubnan.
Rundingan itu bagaimanapun mendapat tentangan Hizbullah.
Selepas pusingan pertama rundingan minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan gencatan senjata 10 hari yang menghentikan lebih daripada enam minggu perang antara Hizbullah dan Israel.
Sementara itu, penggubal undang-undang Hizbullah, Hassan Fadlallah, memberitahu AFP bahawa rundingan itu adalah demi “kepentingan” Lubnan yang mahu gencatan senjata itu berkekalan.
Rundingan baharu antara duta AS Lubnan dan Israel akan berlangsung pada hari Khamis di Washington, kata seorang pegawai Jabatan Negara AS kepada AFP, selepas rundingan pertama berlangsung pada 14 April lalu.
Aoun berkata tujuan rundingan adalah untuk “menghentikan permusuhan, menamatkan pendudukan Israel di wilayah selatan dan mengerahkan tentera (Lubnan) sehingga ke sempadan selatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa”.
Fadlallah berkata kuasa-kuasa serantau termasuk Iran, Pakistan dan Arab Saudi telah berusaha untuk membina landasan diplomatik AS-Iran, mewujudkan “payung serantau yang boleh memberikan sejenis jaminan untuk Lubnan.
Aoun pada hari Jumaat telah berkata bahawa “kita berunding untuk diri kita sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat Lubnan.
Dalam pada itu, Agensi Berita Kebangsaan (NNA) rasmi Lubnan melaporkan serangan dron Israel di Qaqaiyat al-Jisr di selatan negara itu pada hari Isnin, dan pengeboman artileri Israel di bandar sempadan Hula mengakibatkan enam orang cedera di Qaqaiyat al-Jisr.
Tentera Israel dalam satu kenyataan pula memberitahu kononnya telah mengenal pasti pengganas di kawasan Bint Jbeil dan Litani di selatan Lubnan yang melanggar gencatan senjata.
Teheran menegaskan bahawa gencatan senjata Lubnan adalah antara syaratnya untuk gencatan senjata dengan Washington dalam perang Asia Barat.
Ribuan penyokong Hizbullah mencemuh tidakan Aoun mengadakan rundingan bersama Isarael
“Selepas semua pengorbanan kita, lelaki ini mahu bercakap bagi pihak kita?” seorang lagi pengguna menyiarkan di X, dengan gambar profil mereka menunjukkan gambar Aoun dan Salam dengan perkataan “mereka tidak mewakili saya”.
Serangan Israel membunuh lebih 2,300 orang di Lubnan dan menyebabkan lebih satu juta orang kehilangan tempat tinggal.
“Sebarang hasil rundingan langsung tidak boleh dikenakan ke atas orang yang membuat pengorbanan ini,” kata Fadlallah kepada AFP.
Lubnan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan jiran selatannya.
Pada bulan Disember, Karam menjadi wakil awam Lubnan pertama yang bercakap secara langsung dengan wakil Israel dalam beberapa dekad, sebagai sebahagian daripada jawatankuasa untuk memantau gencatan senjata 2024 antara Israel dan Hizbullah.
Aoun berkata pada hari Isnin bahawa Lubnan menghadapi dua pilihan: konflik yang berterusan “atau rundingan untuk menamatkan perang ini dan mencapai kestabilan yang berkekalan”.
“Saya telah memilih rundingan, dan saya penuh harapan bahawa kita akan dapat menyelamatkan Lubnan,” katanya.