Tiga lagi terbunuh di Khan Younis, Gaza belum reda

Upacara pengebumian Ayman Abu Hasna, yang dilaporkan terbunuh semalaman dalam serangan Israel ketika menunggang motosikal/ AFP

GAZA, 21 April Serangan Israel terus mengorbankan tiga lagi individu di wilayah Palestin, dengan pesawat pejuang Israel dilihat berlegar di ruang udara selepas serangan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga lagi terbunuh akibat serangan Israel berhampiran persimpangan Al-Zaqzouq, kejiranan Al-Amal, barat laut Khan Younis.
  • Gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober tidak menghalang keganasan harian; Israel dan Hamas saling menuduh melanggarnya.
  • Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 770 rakyat Palestin terbunuh sejak pelaksanaan gencatan senjata terbaru.
  • Israel didakwa gagal memenuhi komitmen utama termasuk menghentikan serangan dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, makanan serta perubatan.

Agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan, walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu, Gaza terus dilanda keganasan harian apabila tentera Israel dan Hamas saling menuduh melanggar perjanjian tersebut.

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmoud Bassal berkata, tiga individu terbunuh akibat serangan Israel sekitar tengah malam berhampiran persimpangan Al-Zaqzouq di kawasan kejiranan Al-Amal, barat laut Khan Younis di selatan Gaza.

Menurut kementerian kesihatan Gaza yang berada di bawah pentadbiran Hamas, lebih 770 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata terbaru dilaksanakan.

Fasa pertama yang dilaksanakan pada Oktober 2025 merangkumi gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Israel dan Palestin.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, Israel dilaporkan gagal memenuhi komitmen utama termasuk menghentikan serangan dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, makanan serta perubatan pada tahap yang dipersetujui ke Gaza.

Sekatan media dan akses terhad di Gaza turut menghalang pelaporan langsung berhubung angka korban atau membuat liputan menyeluruh mengenai situasi yang berlaku.- AFP