Trump nafi dakwaan dana AS$300 bilion untuk Iran

Presiden Donald Trump bercakap kepada pemberita pada Sidang Kemuncak G7 / REUTERS

EVIAN-LES-BAINS, 17 Jun– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menafikan laporan yang mendakwa perjanjian antara Washington dan Tehran melibatkan dana bernilai AS$300 bilion untuk Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump menafikan dakwaan AS menyediakan AS$300 bilion kepada Iran.
  • AS tidak memberi sebarang dana di bawah memorandum persefahaman.
  • Pihak lain bebas membuat pelaburan di Iran jika mahu berbuat demikian.
  • Memorandum belum dimuktamadkan; rundingan lanjut diperlukan dan tiada pelonggaran sekatan buat masa ini.

Menurut beliau, AS tidak menyediakan sebarang dana bawah memorandum persefahaman yang dimeterai dengan Iran.

“Laporan itu tidak benar. Kami tidak melabur walau satu sen dan tidak mempunyai dana seperti yang didakwa,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak G7 di Perancis.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, pihak lain bebas membuat pelaburan di Iran jika mahu berbuat demikian.

Trump turut menjelaskan memorandum persefahaman yang dipersetujui kedua-dua negara belum dimuktamadkan dan rundingan lanjut masih diperlukan.

Beliau berkata AS akan menilai perkembangan seterusnya sebelum membuat keputusan mengenai hala tuju hubungan dengan Iran.

Dalam masa sama, Trump mengesahkan memorandum tersebut tidak melibatkan sebarang pelonggaran sekatan terhadap Iran buat masa ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.