
MOSCOW, 17 Jun– Rusia mendakwa sebuah dron Ukraine menyerang bas yang membawa sekumpulan murid dari Belarus di wilayah Bryansk.
- Seorang pengiring maut; lapan cedera termasuk enam kanak-kanak.
- Bas membawa pasukan bola sepak kanak-kanak yang dalam perjalanan ke selatan Rusia untuk bercuti.
- Bas membawa 44 penumpang termasuk 28 kanak-kanak ketika kejadian.
- Angkatan Tentera Ukraine menegaskan mereka tidak melancarkan sebarang serangan dron pada waktu kejadian.
Insiden itu menyebabkan seorang pengiring maut, manakala lapan lagi cedera termasuk enam kanak-kanak.
Pemangku Gabenor Bryansk, Yegor Kovalchuk memaklumkan, bas berkenaan membawa pasukan bola sepak kanak-kanak yang dalam perjalanan ke selatan Rusia untuk bercuti.
Kementerian Luar Rusia menyifatkan serangan itu sebagai satu lagi jenayah kejam.
Menurut pihak berkuasa, bas tersebut membawa 44 penumpang termasuk 28 kanak-kanak ketika kejadian.
Gambar yang dikongsi menunjukkan beberapa tingkap bas pecah, tayar hadapan rosak dan kesan darah pada tempat duduk penumpang.
Susulan kejadian itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia membuka siasatan atas kesalahan keganasan.
Bagaimanapun, Ukraine menafikan dakwaan tersebut.
Staf Am Angkatan Tentera Ukraine menerusi Telegram menegaskan, pihaknya tidak melancarkan sebarang serangan dron ke atas sasaran di wilayah Bryansk pada waktu yang dinyatakan Rusia. -REUTERS