Gempa bumi lemah landa Kundasang, Sabah

Foto: METMalaysia

KUALA LUMPUR, 21 April- Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 dikesan berlaku di Kundasang, Sabah pada pukul 3.02 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa dikesan pada koordinat 6.1° Utara, 116.7° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
  • Lokasi gempa kira-kira lapan kilometer barat laut dari Ranau, Sabah; gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau.
  • MetMalaysia memaklumkan akan terus memantau dan meminta orang ramai isi borang soal selidik untuk bantu pengumpulan maklumat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada koordinat 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut kenyataan itu, lokasi gempa terletak kira-kira lapan kilometer (km) barat laut dari Ranau, Sabah.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau, Sabah,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/DnwLTgE6V3mYWBv1A bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian itu.