Lelaki ditemukan maut dalam longkang di Bundusan

Lelaki ditemukan maut dalam longkang/Foto Bomba

PENAMPANG, 20 April – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam longkang di hadapan sebuah restoran di Bundusan, di sini, petang Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal di lokasi oleh pihak perubatan.
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada ibu pejabat polis pada pukul 4.46 petang.
  • Balai Bomba tiba kira-kira 4.57 petang, mengangkat mangsa dengan peralatan khas, diserahkan kepada PDRM; punca disiasat.

Mangsa, lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada pukul 4.46 petang bagi membantu mengangkat mangsa.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi kira-kira pukul 4.57 petang dan mendapati seorang lelaki berada di dalam longkang.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat mangsa menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan.